Kisah Pengguna ENRICH

Kisah Pengguna
For English Click Here
Betapa baik barangan Enrich? Dapatkan pengakuan daripada mereka yang telah menggunakannya, and dengarlah bagaimana Enrich telah membantu rawatan mereka. Kebanyakan daripada individu berikut telah membenarkan kami menyiarkan nama bersama nombor telefon agar anda datang berhubung dengan mereka dan mendapat keterangan terus. Tekan pada nama untuk membaca hujah mereka.
Sekiranya anda mencari rawatan untuk sesuatu masalah kesihatan, sila tekan di sini. Ailments are shown in red. Products are underlined in blue, and linked to price list.

Pengakuan Diraja: YAM Tengku Puteri Arafiah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Puteri Selangor Darul Ehsan

Saya telah banyak tahun mengambil barangan herba. Saya percaya bahawa barangan herba dapat membantu badan kita memulihkan diri dengan cara semulajadi. Pada bulan Mei yang lalu, saya diperkenalkan kepada barangan Enrich. Saya berminat mencuba Power Burn Pack. Pada masa itu, saya ada membaca kisah benar dalam A Little Sharing... dan terasa ingin mencubanya. Lantas saya pun menghadiri beberapa seminar Enrich untuk memperkukuhkan pengetahuan saya terhadap barangan dan latar belakang syarikat ini. Saya berasa amat kagum dengan apa yang saya ketahui, lebih-lebih lagi selepas saya mula menghilangkan berat badan dan mendapat pujian daripada sahabat handai dan ahli-ahli keluarga. Sebenarnya, saya kerap terkena sakit-sakit badan (body aches) dan kegempalan (water retention). Selain daripada Power Burn Pack, saya juga mengambilSuper Chlorophyll and WaterGone. Sekarang, setiap kali saya terasa indigestion atau "angin", terutamanya selepas makan daging kambing, saya akan mengambil 2 kapsul DIG dan ia menghilangkan rasa angin itu hampir serta merta.

Kebaikan produk ini membuat saya teringin maklumkan kepada rakan-rakan saya. Sebenarnya, saya tidak berminat menjadi pengedar kerana saya tidak berminat mengumpul PV dan sebagainya. Malahan, pada mulanya saya membeli barangan ini pada harga runcit. Tetapi, saya mulai menukar pendapat selepas melihat kesan Enrich ke atas diri saya. Saya rasa tidak adil kalau pengetahuan ini kekal pada diri saya seorang. Kalaulah kita dapat menghabiskan wang membeli pakaian yang mahal, pasti kita juga dapat meluangkan sedikit wang buat kesihatan diri kita. Bukankah kalau terpaksa masuk hospital jauh lebih mahal lagi?

Sekarang, saya juga menggunakan Enjuvenate dan Hawaiian Noni sebagai sebahagian daripada suplemen harian. Selain itu, saya juga menggunakan barangan E International termasuk E-Line Serum dan Fade Cream. Kulit saya terasa lebih segar dan saya tidak perlu menggunakan make-up.

Kembali ke Atas


Kesan Tindakbalas (Reaction/Healing Crisis): Nooraini, 06-767 2033/4, 019 336 7094

Tindakbalas adalah kesan pemulihan. Bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing, seseorang individu mungkin akan mengalami salah satu atau lebih keadaan yang diterangkan di bawah. Sila rujuk kepada pengedar anda sekiranya rasa ragu.

  • Kerap buang air kecil kerana organ-organ perkumuhan (buah pinggang, pundi kencing) digiatkan dan dibersihkan.
  • Cirit-birit jangkamasa pendik kerana toksin / bahan buangan ditolak keluar dari usus badan.
  • Mengantuk atau lemah tenaga kerana tenaga telah digunakan oleh perkara di atas.
  • Rasa dahaga. Pengambilan produk Enrich memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air bagi membolehkan penghadaman dan kemudahserapan.
  • Pening atau sakit kepala. Pengambilan produk akan membantu mengaturimbang barisan mineral dalam darah yang secara langsung akan mempengaruhi tekanan dalam saluran darah untuk beberapa ketika.
  • Perut kembung / muntah bagi mereka yang cenderung atau bermasalah gastrik, ulser atau mempunyai keasidan tinggi dalam perut.
  • Buang angin (kadangkala tidak terkawal). Biasanya bagi mereka yang bermasalah angin dalam badan.
  • Nanah, bisul, jerawat keluar. Mineral seimbang akan membantu menormalkan kulit seseorang terutama kulit yang berminyak. Pengeluaran minyak berlebihan dan kotoran perlu untuk mendapatkan kulit yang stabil
Mulakan dengan perlahan-lahan. Contohnya pengambilan Nature's Tea dimulakan dengan merendam selama 2 minit sahaja untuk beberapa hari pertama. Begitu juga pengambilan kapsul, pil - mulakan dengan 1 atau 2 kapsul sahaja untuk peringkat permulaan. Minum air (air kosong, bukan teh, kopi, dsb) harus diperbanyakkan.
Kembali ke Atas


E Line Skincare Uni Tan, tel 03 704 0970
Sejak menggunakan E Line Skincare, kulit muka saya lebih sama rata dan lubang liang roma di muka tidak begitu ketara lagi. Kulit saya juga rasa lebih licin, lembut dan bermaya. Saya amat berpuas hati dengan produk ini. Saya juga telah hilang beberapa paun selepas mengamalkan pengambilan Nature's Tea dan PT.
Kembali ke Atas

Hilang Berat Badan / Radang Kulit Helen Tan, setiausaha, tel 03 442 8913
Bapa saya yang berumut 61 mempunyai perut yang buncit. Saya membeli untuknya Chitofibre (rujuk Chitorich) dan Chloroplasma untuk dicuba. Dia baru menggunakan barangan tersebut untuk sebulan, bila seluruh keluarga kami mulai menyedari yang perutnya telah semakin kurang buncit. Bapa juga mendapat radang kulit yang begitu gatal. Dia juga menyedari yang gatal-gatal kulitnya telah berkurangan seja dia mula menggunakan barangan Enrich tersebut. Dia mengamalkan penggunaan barangan ini setiap hari dan amat berpuas hati dengan kesannya. .
Kembali ke Atas

Kencing Manis Gina Chong, setiausaha peribadi, tel 012 220 0073
Ibu mertua saya adalah pengidap kencing manis sejak beberapa tahun yang lalu. Sungguhpun dia mengamalkan pengambilan ubat sepanjang mengidap sakit tersebut, dia telah dimasukkan ke hospital kerana tahap gula yang begitu tinggi dalam darahnya bulan Oktober yang lalu. Dalam bulan November, saya memberikannya barangan mencuci dan menguatkan tubuh iaitu Red Clover Plus, Native Legend Tea, Chloroplasma dan SGGC. Perkara pertama yang disedarinya ialah kencingnya tidak lagi berbau. Dua bulan kemudian, dia telah menjalani ujian di mana didapati tahap gulanya telah jatuh sebanyak 2 aras. .
Kembali ke Atas

Sakit Belakang Raymond Tay, ahli perniagaan, tel 012 238 6368
Saya pernah mengidap sakit-sakit balakang dan di sekitar kawasan buah pinggang terutamanya di waktu pagi. Saya telah diperkenalkan kepada Watergone. Di minggu pertama menggunakannya saya telah mengalami rasa sakit dan rasa tidak selesa yang lebih teruk. Saya berasa was-was tentang hal ini tetapi terap terus menggunakan barangan tersebut. Di waktu hampir menghabiskan botol yang pertama, kesakitan tersebut semakin berkurangan dan hilang terus. Saya tidak mengalami sebarang kesakitan sekarang, dan amat berpuas hati!
Kembali ke Atas

Kurang Bertenaga Faizah Tahir, eksekutif kewangan, tel 03 777 5009
Di bulan puasa, saya mengamalkan PT, Chloroplasma, Perform, Red Clover Plus dan SGGC. Selalunya di bulan-bulan puasa sebelum ini, perut saya akan mula berdendang di waktu tengahari dan saya akan mengalami sakit gastrik. Kali ini masalah tersebut tidak timbul lagi. Saya tidak merasa lapar, letih atau lemah. Ini adalah pengalaman yang begitu menyeronokkan buat saya. Barangan ini sesungguhnya menambahkan tenaga saya semasa berpuasa .
Kembali ke Atas

Selsema / Demam Ling Soo Ching, pelajar, tel 03 757 8641
Saya mempunyai kesihatan yang baik, tetapi bila sesekali jatuh sakit, akan betul-betul sakit dan terlantar beberapa ketika sebelum sembuh. Saya telah mendapat selsema, demam dan batuk yang teruk beberapa minggu lepas. Saya pergi berjumpa doktor dan telah diberikan ubat dan antibiotik. Teman serumah saya mencadangkan saya menggunakan barangan Enrich untuk rawatan semulajadi. Saya membuat keputusan untuk menerima nasihatnya kerana ubat batuk menyebabkan saya merasa pening. Saya mengambil Super Chlorophyll, Red Clover Plus, Nature's Tea dan Chloroplasma.

Sehari selepas mendapat selsema, saya masih berupaya untuk ke sekolah. Hari kedua, saya telah sembuh sementara demam dan sakit kepala saya hilang sama sekali. Saya berasa begitu baik dan gembira kerana sembuh dengan begitu cepat.

Kembali ke Atas

Sengal-sengal Adelyn Tiew, pengurus perniagaan, tel 019 337 0188
Saya menghidap sengal-sengal sendi. Saya tidak boleh tidur di bilik yang berhawa dingin. Jika berbuat demikian, saya akan mula mengalami sakit-sakit di sendi lutut ke bawah. Bila cuaca sejuk, sendi-sendi jari dan lutut akan mula berdenyut. Saya mengambil Bone, BMC Plus dan Arth, dan pada dua bulan pertama badan saya menjadi lebih sakit. Tetapi saya meneruskan pengambilan barangan tersebut sehingga saya telah menghabiskan botol kedua untuk ketiga-tiga barangan tersebut, sebelum sakit saya beransur-ansur kurang sehingga hilang sama sekali. Sekarang saya boleh tidur di bilk yang menggunakan hawa dingin! .
Kembali ke Atas

Lelah Alice Tang, pengarah rancangan Kidsport Bangsar, tel 03 253 7723
Anak lelaki saya yang berumur 6 tahun dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun dilahirkan dengan keadaan yang tidak begitu sempurna. Mereka menghidap penyakit lelah sejak lahir. Keadaan mereka sungguh teruk di mana mereka terpaksa masuk hospital beberapa kali. Anak-anak saya mempunyai kahak dan lendir di dalam paru-paru dan akan bernafas dengan termengah-mengah selepas melakukan sesuatu aktiviti. Mereka sentiasa menggunakan alat penyedut (inhaler) dan saya mempunyai dua mesin "nebuliser" kerana ada kalanya kedua-dua mereka mendapat serangan lelah pada masa yang sama. Mereka telah diberi berjenis-jenis antibiotik, tetapi tidak satupun yang berkesan, sehinggalah kami diperkenalkan kepada barangan Enrich.

Pada bulan Januari 1998, saya cuba memberikan mereka Chloroplasma dan RESP. Pada dua minggu pertama, saya dapati mereka batuk lebih kerap dan kahak dan lendir yang keluar dari mulut dan hidung mereka. Najis mereka juga diselaputi lendir melekit. Saya telah dapat mengurangkan penggunakan inhaler dan akhirnya berhentikannya sama sekali. Kami tidak perlu lagi pergi berjumpa doktor sejak bulan Februari. Anak-anak saya telah dapat berlari ke sana ke mari tanpa memerlukan saya berkejar dengan inhaler!
.
Kembali ke Atas

Lenguh-lenguh Sendi Arthritis Lili Chan, ahli perniagaan, tel 03 552 1017
Ibu mertua saya yang berusia 68 tahun mengidap penyakit Arthritis. Beberapa bulan yang lalu, dia menjalani pembedahan di mana cecair berlebihan dikeluarkan dari tulang rawan lututnya. Sejak itu, dia menanggung rasa sakit di sendi-sendi yang begitu teruk di mana dia terpaksa disuntik dua suntukan steroid. Dia berdengkut-dengkut dan terpaksa mengheret kakinya apabila berjalan. Saya memberinya Arth, BMC Plus dan Bone.

Dalam tempoh seminggu, kesakitan yang dirasainya berkurangan. Kesakitan langsung hilang selepas dia menghabiskan 1 1/2 botol. Sekarang ini, dia boleh berjalan, duduk dan berdiri seperti dahulu tanpa merasa apa-apa kesakitan. Dia sungguh terharu dan gembira sehingga kesemua jiran kami tahu akan barangan Enrich.
.
Kembali ke Atas

Mendapat Cahaya Mata Bahaman Mokhtar, ahli pemasaran & jualan, tel 013 361 2478
Saya ada 3 orang anak. Yang bongsu sudah berumur 10 tahun. Saya dan isteri telah puas berusaha untuk mendapat seorang lagi cahaya mata tatapi tidak berhasil sehinggalah kami diperkenalkan dengan barangan Enrich iaitu Perform. Saya mengamalkan pengambilan barangan tersebut sejak dari bulan Oktober 1997, dan mengamalkan pengambilan maksimum yang dicadangkan iaitu 6 kapsul sehari. Dalam bulan November, isteri saya disahkan mengandung. Saya ingin menasihatkan kaum lelaki untuk mencubanya untuk mengetahui khasiatnya. Memandangkan isteri saya sekarang sudah mengandung, saya mengurangkan dosage harian saya. .
Kembali ke Atas

Penyakit Kulit Susan Perera, suri rumah tangga, tel 03 734 3657
Saya mengidap penyakit kulit (atopic eczema) selama 30 tahun. Penyakit ini adalah ganjil di mana doktor-doktor di sini pun tidak tahu bagaimana hendak mengubati saya. Saya tidak boleh berjemur langsung di bawah cahaya matahari untuk mengelak dari kulit terbakar. Kulit saya akan kering, berkudis dan gatal. Saya telah mencuba berbagai-bagai jenis krim dan lotion kulit yang berlainan bagi setiap bahagian badan.

Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan barangan Enrich terutamanya Red Clover Plus. Dalam masa yang singkat sahaja, saya dapat merasa kebaikannya. Setelah mengambil barangan tersebut selama 3 hari sahaja, saya dapat membawa anak-anak saya berjalan di waktu siang tanpa merasa kulit gatal dan berkudis. Saya tidak memerlukan krim dan lotion lagi.
.
Kembali ke Atas

Masalah Haid (1) Norila Abu Hassan, pensyarah, tel 03 556 4531
Bila saya didatangi bulan, biasanya saya mendapat ketulan atau gumpalan darah beku. Memandangkan ini merupakan masalah "darah", saya fikir saya patut mencuba Red Clover Plus untuk membersih dan mencuci. Bulan lalu semasa haid saya tiba, tidak ada lagi ketulan darah-darah beku. Saya mengeluarkan lebih banyak darah cair dengan aliran yang sempurna. Saya tidak tahu apa maksud ini tetapi saya merasa gembira dengan keadaan diri saya. Sejak itu saya telah mengamalkan Perform, Chloroplasma dan SGGC. Sebelum ini saya selalu cepat tetapi sekarang tahap kekuatan tenaga saya amat memeranjatkan saya - saya sentiasa bertenaga! .
Kembali ke Atas

Masalah Haid (2) Liew Ai Lam, Subang Mini Warehouse, tel 012 208 2162
Saya dapati sejak saya mengamalkan Perform, saya tidak menghadapi masalah dengan kedatangan haid saya - tiada kesakitan, tiada ketidakselesaan, tiada bau - sungguhpun aliran darah agak banyak! .
Kembali ke Atas

Masalah Haid (3) Lynn Phua, peguam, tel 016 330 8511
Saya diberitahu bahawa Perform dapat mengimbangkan ketidakseimbangan pengeluaran hormon wanita. Saya bercadang untuk mencubanya memandangkan suami saya sering mendakwa saya akan menjadi lebih "moody" sebulan sekali. Saya telah mengambil Perform selama 6 bulan dan kedatangan haid saya tidak disedari oleh suami saya lagi. Ada kalanya dia sendiri yang risau kerana memikirkan say sedang mengandung, memandangkan saya jarang sekali berkelakuan moody lagi. .
Kembali ke Atas

Kekuatan / Kesegaran Mental (1) Francis Gomes, pekerja syarikat pembuat alat ganti kereta, tel 012 200 2819
Saya bekerja pada siang hari, dan pada waktu malam pula menjalankan perniagaan Enrich. Saya mula merasa begitu letih dan menjadi moody, mendapat sakit kepala dan tidak berupaya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya. Sedang saya meneliti brosur Enrich tentang Perform, sya melihat ayat yang mengatakan "Bila badan anda tidak berfungsi, anda juga turut tidak berfungsi." Percayalah, selepas tiga hari mengambil Perform, saya dapat merasa perbezaannya. Saya merasa bertenaga dan tidak lagi keletihan selalu. Kesegaran dapat dirasai sepanjang hari, jadi jangan lupa mengambil barangan ini setiap hari! .
Kembali ke Atas

Kekuatan / Kesegaran Mental (2) KL Phua, pengurus besar, Asia Multinational Co., tel 012 288 8202
Kebolehan untuk berfikir secara logik merupakan senjata penting yang membolehkan saya meniti tangga kejayaan dunia korporat. Walau bagaimanapun, setelah bertahun-tahun bekerja keras dan menghadapi beban tekanan otak, saya mula menjadi keletihan. Saya cuba mengambil serbuk ginseng yang berharga tidak kurang RM300 untuk dua botol (sama saiz dengan barangan Enrich), tetapi tidak memberi kesan. Dua orang kawan saya memberitahu saya tentang pengalaman mereka dengan SGGC yang diambil sebagai sebahagian daripada program sistem pemulihan dalaman IES. Saya mencubanya, dan selepas melalui proses pembersihan, mendapati ia telah membantu mengembalikan kecergasan otak saya. Sejak dari itu, saya telah mencadangkannya kepada beberapa orang kawan dan mereka yang mengamalkan pengambilan SGGC ini mengatakan yang mereka juga turut berasa lebih segar dan bertenaga. Lagipun harganya amat berpatutan! .
Kembali ke Atas

Sakit Kepala Dato' Salleh Bajuri, pengarah syarikat
Saya sering mengalami sakit kepala. Selepas bermain golf di waktu pagi, saya akan mendapat sakit kepala di sebelah petang. Saya juga akan mendapat sakit kepala selepas menikmati juadah daging kambing - sop ataupun lamb chop. Baru-baru ini saya telah diperkenalkan kepada barangan Enrich oleh isteri saya dan sebelum lama saya telah mengamalkan pengambilan Super Chlorophyll dan Chloroplasma. Sejak dari itu saya dapati saya jarang sekali mendapat sakit kepala.

Pada suatu masa saya telah memakan durian (yang tak sepatutnya saya lakukan) selepas bermain golf di sebelah pagi dan saya menjangka akan mendapat sakit kepala kemudiannya. Tetapi jangkaan ini meleset sama sekali kerana saya merasa begitu sihat. Di suatu masa yang lain, saya telah bermain golf di sebelah pagi kemudian pergi menghadiri kenduri di mana masakan daging kambing telah dihidangkan, dan saya tidak berupaya untuk menahan diri dari menjamahnya - saki kepala syaa juga tidak muncul. Saya berasa sungguh puas hari dan gembira.
.
Kembali ke Atas

Masalah Berat Badan Jane Chin, pemilik agensi hartanah, tel 03 254 3899
Selepas kelahiran anak saya yang pertama, berat badan saya naik sebanyak 30 paun, dan tak turun selepas itu. Lima tahun kemudian, selepas kelahiran anak kedua, berat badan saya naik lagi sebanyak 10 paun menjadi 40 paun berat berlebihan. Saya disyorkan untuk mengambil Nature's Tea dan PT, dan dalam masa 6 minggu, berat badan saya turun sebanyak 10 paun dengan senang sekali. Selepas 3 1/2 bulan, saya telah kehilangan 20 paun. Saya juga turut mengambil Watergone di bulan ketiga. Saya tahu saya seharusnya mengamalkan senaman tetapi saya tidak melakukannya, dan saya amat gembira sekali dapat menghilangkan berat badan dengan begitu mudah! .
Kembali ke Atas

Resdung / Berdengkur Jane Chin, pemilik agensi hartanah, tel 03 254 3899
Suami saya, Edy Chin, menghidap resdung sejak kecil. Telah berkali-kali dia bangun pagi dengan bernafas melalui mulut dan merungut tentang tekak kering. Dia juga menghadapi masalah tidur berdengkur. Selepas menjalani proses pembersihan dalaman IES, dan mengamalkan pengambilan RESP, masalah resdung dan tidur berdengkurnya berkurangan. Jika dia berdengkur sekalipun, ianya tidak seteruk dahulu lagi! .
Kembali ke Atas

Penjagaan Kulit Koo Lee Lian, agen insuran nyawa, tel 019 222 1592
Saya pernah mengalami masalah kulit, di mana usia belasan tahun sehingga di awal umur 30'an. Keadaan kulit saya begitu teruk sekali, dengan jerawat-jerawat batu yang besar, penuh dengan nanah dan darah serta menyakitkan. Sekalipun bila beransur baik, kulit saya masih berminyak dan sangat sensitif, menjadi merah bila cuaca panas mahupun selepas melakukan sesuatu kerja. Saya telah mencuba barbagai barangan yang terdapat di pasaran tetapi tiak satupun yang dapat membantu masalah saya. Bila Enrich memperkenalkan barangan penjagaan kulit E Line Skincare lewat tahun lalu, saya berasa was-was. Saya menggunakan barangan khusus untuk kulit berminyak. Saya tahu ianya satu pilihan yang tepat apabila teman-teman mula memuji kulit saya. Kulit saya masih kelihatan berkilau, tetapi tompok-tompok minyaknya telah hilang. Kulit saya kelihatan lebih berseri dan bermaya! .
Kembali ke Atas