Barangan Enrich



For English Click Here

Dalam jangkamasa 15 tahun sahaja, Enrich International berlumba ke hadapan industri barangan kesihatan dan khasiat. Inilah syarikat yang pada tahun 1972 memperkenalkan teknologi mengkapsulkan barangan herba. Sejak itu, syarikat Enrich telah berkembang menjadi satu-satunya syarikat antarabangsa dan barangannya dinikmati di seluruh perusok dunia.

Barangan Enrich banyak jenisnya, dan merangkumi pelbagai tujuan dan untuk pelbagai kumpulan umur. Sila tekan pada hyperlink untuk terus ke topik mengikut hasrat. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin membuat pembelian, sila berhubung dengan Timothy Tye (Dist. No: 515075365), Rohaiyah Abdullah, dan Linda Low.

Pengurusan Kesihatan Berkesan (Cleanse Burn Build)
Kisah Pengguna (Testimonials)
Senarai Barangan Enrich (List of Enrich Products)

Barangan Membersih: Barangan Membina
  • Untuk pembinaan lengkap: Chloroplasma
  • Untuk menambah stamina dan daya pemikiran: SGGC
  • Untuk sakit sendi: Arth
  • Untuk menambah tenaga: Bee Pollen
  • Untuk masalah tulang, gigi, kuku, rambut: Bone
  • Untuk masalah otot, tulang, tendon: BMC Plus
  • Untuk masalah penghadaman: DIG
  • Untuk masalah pernafasan: RESP
  • Untuk memperkuatkan sistem urinari: Watergone
  • Untuk menguatkan sistem imuniti: Native Legend Tea
  • Untuk keseimbangan hormon dan glandular: Perform
Minuman Kesihatan
Barangan Membakar
Barangan Kanak-Kanak
Pengurusan Kesihatan Yang Berkesan (Cleanse Burn Build)

Fungsi badan kita boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti utama iaitu pembersih, pembakaran dan pembinaan. Barangan Enrich dibahagikan untuk merangkumi ketiga-tiga fungsi ini.

Pembersihan merujuk kepada penyahtoksikan (pembuangan toksik) dan penyingkiran benda asing dan bahan kotoran dari usus, darah, tisu, dan sel badan.

Pembakaran merujuk kepada cara badan menyimpan dan menggunakan bahan bakar (lemak)

Pembinaan/Penguatan berhubung dengan keperluan badan untuk menambah dan membangun kembali sel-sel badan bagi tujuan melanjutkan hidup.

Barangan Enrich telah dicipta khusus untuk digunakan bagi mempertingkatkan keupayaan tubuh badan kita untuk menjalankan salah satu atau lebih fungsi-fungsi yang disebutkan di atas.

Nature's Tea

Pembersihan Usus:
Pembersihan usus penting sebab 80% dari penyakit bermula dari usus. Bahan buangan melekat di dinding usus dan tindakbalas bakteria akan mengeluarkan toksin yang mengakibatkan penyakit

Pembersihan Usus:
Semakin lama makanan berada di dalam usus, ia menjadi semakin kering dan keras. Lama-kelamaan ia menjadi satu timbunan. Bakteria yang terdapat di dalam usus akan menyebabkan proses penapaian berlaku dan alkohol dihasilkan dan diserap oleh badan. Penyerapan alkohol menyebabkan rasa pening, letih dan kurang tenaga. Bahan buangan yang keras menjadi susah untuk dikeluarkan (buasir).

Nature's Tea membantu tubuh membersihkan usus, menghadam makanan, menyerap dan mengasimilasi nutrient dari makanan. Ia juga membantu mengurangkan selera makan serta mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh. Ianya boleh digunakan untuk mengurangkan masalah buasir.

Nature's Tea turut berkesan dalam pengawalan berat badan. Rendamkan satu uncang selama 2-5 minit dan minum pada setiap malam sebelum tidur.

PARA

  • Mengeluarkan cacing, kurap dan parasit dari badan
  • Menambahkan oksigen di dalam badan untuk membunuh parasit (menjadikan badan tidak sesuai untuk menjadi habitat parasit)
  • Membakar bahan toksin dan lemak yang berlebihan dalam tubuh
PARA disyorkan kepada mereka yang menghadapi masalah-masalah berikut:
  • Lemah dalam fungsi penghadaman (pencernaan)
  • Tidak berselera makan
  • Pedih hulu hari, sembelit, perut kejang (kembong)
  • Alergi terhadap sesuatu makanan
Kaedah Pengambilan: 2 kapsul selepas makan, mulakan perlahan-lahan sehingga ke tahap 3 kali sehari

Red Clover Plus

Red Clover Plus bertugus untuk mengembalikan ketulenan darah:
  • Membantu menyingkirkan toksin dan bahan buangan dari darah dan jantung
  • Meningkatkan peredaran darah dan menyeimbangkan sistem kelenjar limpa
  • Menambah keberkesanan fungsi-fungsi jantung dan usus
  • Mengurangkan masalah kulit dan jerawat yang berpunca dari darah kotor
Kaedah Pengambilan:
Ambil 1 kapsul sehari untuk minggu pertama dengan segelas air besar, dan tingkatkan dosage sehingga 2 kapsul 3 kali sehari dalam tempoh 2-3 minggu.

Chloroplasma

Makanan Untuk Sistem Sokongan Hidup Asas
Chloroplasma diperbuat daripada algae biru-hijau yang digelar spirulina, yang mengandungi sumber pemakanan asli yang terkaya dan paling lengkap untuk tubuh manusia. Ia dikenali sebagai makanan untuk masa depan. Angkasawan menggunakannya semasa di angkasa lepas. Pasukan Olimpik USA mengambilnya untuk menambah ketahanan diri.

Chloroplasma mengandungi sumber klorofil yang tertinggi - 10 kali lebih tinggi dari alfalfa. Ia berupaya untuk:
  • menambah sel darah merah
  • pertingkatkan perjalanan organ
  • melegakan sembelit
  • menyembuhkan luka
  • mencegah ulser mulut, gastrik
Kebaikan
  • membantu metabolisma karbohidrat
  • mempertingkatkan daya tahan (immuniti) dari penyakit dan virus
  • membaiki masalah penglihatan dengan kandungan beta carotene
  • membina darah - mengandungi 6 kali ganda zat besi dari hati lembu
  • membantu mengurangkan "free radicals" yang dapat memusnahkan sel badan
  • mengandungi 70% protein sayuran yang bermutu tinggi
  • menyediakan zat tambahan yang diperlukan bagi penyakit hepatitis yang teruk
  • mengandungi asid gamma linolik untuk menguatkan otot-otot jantung
  • memperbaiki kulit muka
Chloroplasma disyorkan untuk:
Ahli sukan, mereka yang tidak mendapat makanan seimbang, kaum wanita selepas melahirkan anak atau menjalani pembedahan, kanak-kanak. Ia juga berguna untuk mereka dalam perjalanan ekspidasi, menjalani program pengurusan badan, ibu yang mengandung, warga tua dan orang sakit yang tidak berselera makan.

Arth

Melegakan pesakit yang menghadapi arthritis, bursitis, gout dan sakit-sakit sendi yang lain. Ia dapat mengurangkan bengkak (inflamasi), melegakan tekanan kesakitan, meneutralkan asid urik, membersihkan dan meransang peredaran darah.

Arth juga baik diambil oleh mereka yang giat bersukan.

Bee Pollen

Menambah tenaga, kecergasan mental, meransang selera makan, memperbaiki ketidakseimbangan hormon badan. Bee Pollen berguna bagi pesakit sistem saraf dan endoktrin.

Bone

Mengandungi kandungan bahan membina tulang yang tinggi. Berkesan untuk menyembuh luka dan membaiki tulang retak. Baik untuk menguatkan rambut, gigi, tulang dan kuku. Mempercepatkan penyembuhan tulang patah dan masalah akibat osteoperosis.

BMC Plus

Untuk sistem rangka - tulang, otot dan tisu, ligamen, tendon tulang rawan. BMC Plus dapat membantu untuk menyembuh kekejangan otot, melegakan kesakitan, tekanan dan kekejangan, kekakuan dan bengkak-bengkak. BMC Plus memperkuatkan otot-otot jantung dan injap-injap vena.

DIG

Memperbaiki sistem pencernaan (penghadaman) dan meransang penyembuhan penyakit lain. DIG melegakan perut senak, kejang perut, kembung dan tekanan pada perut selepas makan. Turut berkesan untuk membantu menyembuhkan gastritis.

RESP

Membantu masalah pernafasan, memberi khasiat kepada paru-paru, mengeluarkan mukus, melegakan bengkak dan menyembuhkan tisu sel. RESP berguna untuk masalah bronchitis, batuk dan asthma. Juga sesuai untuk perokok dan mereka yang terdedah kepada persekitaran yang tercemar udaranya.

Watergone

Membantu tubuh mengeluarkan air yang berlebihan. Membantu menguatkan sistem urinari, membersih dan meyelaras pundi kencing serta buah pinggang. Watergone melegakan tubuh dari kegempalan, bengkak, kembong yang berpunca dari air yang bertakung.

Native Legend Tea

Sumber terbaik untuk membersih sel-sel darah dan membina dan menguatkan sistem imuniti kita. Ia mengeluarkan segala benda asing daripada badan kita dan menyembuhkah seluruh tubuh badan. Native Legend Tea boleh membantu masalah kerosakan kolon, limpa dan hati. Ia berkesan melegakan sakit kepala, diarea, sembelit dan membantu penyembuhan.

SGGC

Menambah stamina, daya ingatan dan pemikiran. SGGC terdiri daripada ramuan Siberian Ginseng, Gotu Kola, Bee Pollen dan Capsicum.

Siberian Ginseng meransang seluruh tubuh untuk memperbaharui tahap tenaga. Ia menenangkan saraf, tetapi tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Gotu Kola merupakan herba yang paling baik untuk menyokong sistem otak dan saraf.

Bee Pollen mengandungi bermacam nutrient yang dapat meransang sistem saraf dan kelenjar. Digunakan dengan meluas oleh ahli sukan bersama dengan ginseng untuk mengekalkan tenaga dan stamina.

Capsicum bertindak sebagai catalyst bagi menggalakkan sinergi antara herba-herba supaya bertindak bersama dengan lebih berkesan. Ia juga meningkatkan perjalanan darah dan menyeimbangkan tekanan darah.

SGGC mempercepatkan tindakbalas kimia herba-herba dan menyeimbangkan tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, menambah ketahanan badan menentang tekanan (stress), memberi makanan untuk otak semasa keletihan mental dan memberi tenaga dan kesan kekuatan kepada tubuh.

Perform

Jika tubuh kita tidak berfungsi dengan sempurna, demikian juga dengan diri kita. Salah satu dari proses kehidupan yang amat penting yang akan terjejas akibat faktor seperti tekanan, kesihatan yang kurang, ketidakseimbangan dalam glandular dan keletihan. Segala-gala ini akan mempengaruhi kesuburan dan nafsu.

Formula herba Perform amat berguna untuk menyelaras dan menguatkan fungsi buah pinggang yang mempunyai kesan terus kepada vitaliti dan kebolehan kaum lelaki. Ia juga berkesan untuk membantu perimbangan hormon dan memperbetulkan keseimbangan kaum wanita dalam hal masalah kedatangan haid, PMT / PMS dan membantu melegakan proses menopause. Baik juga diambil untuk memberi tenaga dalam kegiatan sukan.

PT - Weight Control

Meransang kadar metabolisma badan yang menukar lemak menjadi tenaga. PT membekalkan tenaga dan menghapuskan rasa lapar yang tidak perlu.

REV Complete

Membekalkan sumber protein, fiber, dan antioxidant yang tinggi kepada tubuh badan. Fiber membersihkan saluran intestin dengan menyingkirkan toxin yang berbahaya, antioxidant menentang "free radicals" yang menyerang dan memusnahkan sel-sel badan dan tisu penting. REV Complete berkhasiat dan boleh diberikan kepada kanak-kanak serta orang dewasa.

Chitorich

Mengandungi chitosan yang diperbuat daripada kulit hidupan laut seperti udang dan ketam. Ia bertindak untuk bersebati dengan lemak makanan. Sebatian lemak dan Chitorich terlampau besar untuk diserap oleh badan, oleh itu ia akan dibuangkan dengan sendirinya dari badan. Chitorich diperkayakan dengan Vitamin C yang merupakan antioxidant. Ia boleh membantu mengekalkan imbangan asid dalam sistem penghadaman serta mengurangkan selera makan.